Menyampaikan Sumbangan dan Operasi Bersih

Banjir Kolaborasi

Chenor : Menyampaikan Sumbangan dan Operasi Bersih.

Hari ini relawan Yayasan Amal Malaysia Pahang bergerak dalam 2 kumpulan iaitu sebahagian sukarelawan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir dan sebahagian yang lain menyertai misi gotong royong operasi bersih.

Sumbangan dapur gas untuk memasak, bantal dan bahan makanan asas disampaikan kepada mangsa banjir di Surau Tok Guru Kg Lanting dan Kg Bunian. Ianya turut dihadiri oleh ADUN Chenor, Ustaz Mujiburrahman Ishak.

Untuk misi bersih pula, AMAL Pahang bersama YADIM Pahang, Khidmat Malysia, Jabatan Amal Malaysia (JAM) dan Ameerah Paya Besar bergotong-royong membersihkan lebih kurang 17 buah pondok kediaman penuntut Madrasah Raudhah Al-Muhibbin atau lebih dikenali dengan Pondok Pok Kob yang tenggelam sepenuhnya serta Masjid Kg Pantai Chenor.

Turut bersama petugas Khidmat Malaysia, Jabatan Amal dan Ameerah Paya Besar ialah ADUN Panching YB Ustaz Tarmizi Yahya dan isteri. Pasukan Sukarelawan YADIM dipimpin oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok.

Terima kasih atas sumbangan anda untuk mangsa banjir yang disalurkan melalui AMAL Pahang. Semoga ianya meringankan sedikit kesusahan mereka.. InshaAllah misi bantuan akan diteruskan lagi kerana banyak daerah di negeri Pahang terlibat dengan banjir.

Salurkan sumbangan anda ke Akaun Maybank: Yayasan Amal Malaysia Pahang (Tabung bencana dan kebajikan) : 5560 1106 8015 .Maklumkan sumbangan anda kepada

:http://www.wasap.my/+60193177143/ Abu Ikhwan

جزاكم الله خير الجزاء

Sebarkan supaya lebih ramai yang membantu dan dapat dibantu.

#bantuanbanjir#banjirterkini

Kongsi artikel ini