Dapur Rakyat ringankan sedikit bebanan mangsa banjir

Amalnita Bagi sumbangan Banjir Berita Dapur Rakyat Kebajikan

Menyediakan makan malam dan mengagihkannya kepada 500 orang mangsa banjir di Perumahan Rumah Murah Pandan 2 dalam Program Dapur Rakyat bersama Yayasan Amal Malaysia Terengganu.

Program Dapur Rakyat ini yang dijayakan dua hari ini mendapat kerjasama Amalnita Yayasan Amal Malaysia Pahang disediakan di Madrasah Tahfiz Ar Rahman Kg Pandan 2. Kebanyakkan mangsa banjir masing-masing sibuk membersihkan rumah yang kotor berselut akibat banjir.

Semoga ianya dapat memberi sedikit kelegaan kepada mangsa banjir yang kediaman mereka ditenggelami air dan mengalami kemusnahan harta benda.

InshaAllah pelbagai bantuan akan disalurkan oleh Amal Pahang kepada magsa banjir kali ini.Salurkan sumbangan anda ke Akaun Yayasan Amal Malaysia Pahang (Tabung bencana dan kebajikan) :MAYBANK : 5560 1106 8015 Maklumkan sumbangan anda kepada :

:http://www.wasap.my/+60193177143/ Wan Raha

جزاكم الله خير الجزاء

Sebarkan supaya lebih ramai yang membantu dan dapat dibantu..

Kongsi artikel ini