Tentang Kami

Yayasan Amal Malaysia merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bergiat aktif melaksanakan agenda kebajikan dan kemanusiaan sejak lebih 15 tahun lalu di dalam dan luar negara. Pelbagai misi telah dijalankan di pelbagai pelusuk benua melibatkan lebih 58 buah negara. Bervisikan aspirasi untuk berdiri sama tinggi di kalangan pertubuhan utama dunia, Yayasan Amal Malaysia memberi fokus kepada perlaksanaan projek berimpak tinggi dengan menggenggam kemas moto “Working for Humanity, Serving God”.

Yayasan Amal Malaysia Pahang terbentuk hasil daripada struktur organisasi yang strategik dan tersusun. Penubuhan organisasi cawangan di negeri-negeri bukan sahaja membolehkan Yayasan Amal Malaysia mendekati golongan sasar, malah juga membuka peluang yang lebih mudah kepada anda yang berminat untuk menyertai projek dan aktiviti yang dijalankan sama ada melalui kesukarelawanan mahupun pemberian sumbangan.

Kami mengalu-alukan penyertaan anda bersama kami

Sertai Kelab Relawan Amal

Kelab Relawan Amal merupakan pergerakan sukarelawan di bawah Yayasan Amal Malaysia yang terlibat secara langsung dalam projek dan aktiviti yang dijalankan melalui kluster-kluster yang telah dibahagikan.

Projek Terkini

Kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas anda

Ke Mana Sumbangan Anda Disalurkan?

Yayasan Amal Malaysia amat menghargai setiap nilai sumbangan yang anda hulurkan. Ia dimanfaatkan sepenuhnya melalui pelbagai agenda serta projek kemanusiaan dan kebajikan yang dilaksanakan dari semasa ke samasa sama ada di luar mahupun di dalam negara.

Buletin