Yayasan Amal Malaysia (AMAL) telah menubuhkan Pusat Dakwah Serantau (PDS) pada tahun 2010 yang berperanan untuk melahirkan para Du’at untuk melaksanakan gerakan dakwah di lapangan. PDS beroperasi di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab, Kajang diurus-tadbir oleh sebuah Majlis Perunding yang terdiri daripada para ilimuan agama dan professional.
Setakat ini PDS telah berjaya melahirkan lebih 100 Du’at daripada Sabah & Sarawak, Semananjung Malaysia, Filipina, Thailand. PDS merima banyak permohonan daripada luar Negara seperti Nepal, Sri Langka, Bangladesh, Sudan, dan banyak lagi.
Selain PDS, aktiviti AMAL juga bertumpu kepada projek pembekalan air Water4Life, EDU 4 Better Future dan Doctors Without Borders di peringkat antarabangsa.
AMAL telah menubuhkan International Federation Relief and Development (I.F.R.D) yang dipengerusikan oleh President YAM sendiri dari Malaysia. IFRD dianggotai oleh NGO-NGO daripada 10 buah negara seperti Malaysia, Sudan, Bangladesh, Turki, Sri Langka, India, Pakistan, Indonesia, Filipina, dan Mesir.
AKTIVITI DAN PROGRAM AMAL MISI KEMANUSIAAN
Yayasan Amal Malaysia telah melaksanakan misi kemanusiaan dan kemasyarakatan di 36 buah Negara melibatkan lebih 60 lokasi kesan dari pelbagai bencana alam dan pergolakan politik yang mengakibatkan krisis kemanusiaan. Tanpa melupakan misi-misi kemanusiaan di dalam Negara seperti bencana banjir di Kelantan, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak begitu juga bencana kebakaran.
Senarai beberapa Negara dimana AMAL melaksanakan misi kemanusiaan
- Acheh – tsunami
- Palestine – keganasan Israel
- Yaman – perang saudara
- Sudan – perang saudara
- China – tanah runtuh
- Arakan – kegansan ke atas kaum Rohingya
- Bangladesh – Banjir
- Indonesia – tanah runtuh
- Filipina – tanah runtuh
- India – banjir
- Pakistan – banjir
- Thailand – banjir
- Nepal – banjir/tanah runtuh
- Eretria
- Ethiopia
- Jepun – tsunami
- Timor Leste – gempa bumi