Sumbangan set pembesar suara

Berita Kebajikan

SUNGAI LEMBING – Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Pahang bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 6 November telah menyampaikan set pembesar suara kepada Surau Nur Iman, Kg Sungai Mas, Sungai Lembing, Kuantan.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi AMAL Pahang, Johari Abdul Wahid bersama Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok kepada Imam surau tersebut, Ustaz Junit Kadir dengan disertai Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ustaz Abu Yazid yang juga merupakan Pengerusi Surau Nur Iman.

Majlis simbolik penyerahan diadakan secara ringkas selepas solat Jumaat. Surau Nur Iman di perkampungan Orang Asli Sungai Mas ini adalah surau yang diberi kebenaran bagi melakukan solat Jumaat.

Program sumbangan set alat pembesar suara ini adalah usaha susulan YADIM dan AMAL Pahang sebagai kesinambungan dari program Semarak Dakwah 2020 sempena sambutan Kemerdekaan ke 63 baru-baru ini.

Kongsi artikel ini