MAJLIS PENGHARGAAN, PENGANUGERAHAN DAN PENGIKTIRAFAN NGO

Berita

Bukit Tinggi 22 Nov – Majlis Penghargaan, Penganugerahan Dan Pengiktirafan NGO yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail pada malam semalam bersama sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Negeri Pahang bersama Kerajaan Negeri Pahang bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada NGO-NGO yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam tugasan menghadapi pandemik Covid19 di Negeri Pahang.

AMAL Pahang juga merupakan salah satu NGO yang menerima jemputan dan penghargaan dari kerajaan negeri Pahang. NGO – NGO ini merupakan barisan hadapan dalam membantu kerajaan Negeri Pahang dan Jabatan Kebajikan Malaysia Negeri Pahang dalam misi kebajikan kemasyarakatan.

Hadir sama YB Dato ‘ Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang dan YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Bin Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

Kongsi artikel ini