Amalnita bantu ibu tunggal pesakit tulang belakang

KUANTAN: Amalnita Pahang telah menjengah ujian hidup dilalui seorang balu, Nurhafizah Abd Razak, 32, bersama anaknya, Muhammad Izaryll Shahrul Azreem, 7, di Lorong Wong Ah Jang, di sini kelmarin. Beliau yang merupakan pesakit tulang belakang dan tidak dapat berjalan dengan sempurna sejak dua tahun lalu, baharu sahaja kematian suami, Shahrul Azreem Abdul Karim seminggu lalu kerana diabetis.
Read More…

MAJLIS PENGHARGAAN, PENGANUGERAHAN DAN PENGIKTIRAFAN NGO

Bukit Tinggi 22 Nov – Majlis Penghargaan, Penganugerahan Dan Pengiktirafan NGO yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail pada malam semalam bersama sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan. Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Negeri Pahang bersama Kerajaan Negeri Pahang bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada NGO-NGO yang tRead More…

Sumbangan set pembesar suara

SUNGAI LEMBING – Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Pahang bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 6 November telah menyampaikan set pembesar suara kepada Surau Nur Iman, Kg Sungai Mas, Sungai Lembing, Kuantan. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi AMAL Pahang, Johari Abdul Wahid bersama Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok kepada Imam surau tersebut, Ustaz Junit KRead More…

Merungkai Sejarah Bumi Chad

24 Julai 2018 beberapa orang wakil kami telah menziarahi Chad sebagai persediaan untuk melakukan korban dan aqiqah disana sempena musim Raya Haji yang bakal menjelma kurang sebulan sahaja lagi. Chad. Itulah nama dari negara yang terletak di Gurun Sahara, Afrika. Negara yang beribukota di N’Djamena tersebut berbatasan dengan Libya di sebelah utara, Sudan di sebelah timur, Republik Afrika TengRead More…

Bakti Jariah Kepada Ibu Bapa

Setiap anak wajib memuliakan ibu bapa mereka kerana Allah SWT meletakkan darjat kedua-dua ibu bapa sangat istimewa dalam kehidupan seorang anak. Ibu bapa merupakan insan yang telah menjaga dan membesarkan anak-anak dengan pelbagai karenah tanpa mengeluh penat dan lelah. Dari seorang ibu yang berkorban menanggung sakit saat melahirkan seorang anak dan jasa seorang ayah yang bekerja penat lelah menRead More…

Tadika AMAL Hidayah di Sabah

Tadika AMAL Hidayah merupakan salah satu projek berimpak tinggi Yayasan Amal Malaysia. Kali ini misi dijalankan di Batu Lunguyan, Keningau, Sabah yang menempatkan lebih kurang 20 orang pelajar dan 3 orang guru terlatih di bawah Pusat Dakwah Serantau . Kebanyakan pelajar tadika di sini dari latarbelakang keluarga sederhana dan miskin yang tidak mampu menghantar anak mereka ke tadika berbayar yaRead More…