Ke mana sumbangan anda disalurkan?

Sumbangan – sumbangan anda disalurkan kepada agenda-agenda kemanusiaan kami yang mencakupi beberapa projek induk iaitu:

Water for Life

Menyediakan prasarana yang dibangunkan sendiri bagi membekalkan sumber air bawah tanah kepada masyarakat setempat yang miskin dan negara bencana terutamanya di benua Afrika dan pedalaman.

Amal Doktor

Memberikan bantuan perubatan secara percuma kepada mangsa negara bencana dan miskin.

Education for Better Future

Pembinaan pusat pendidikan pra-sekolah kekal dan sementara untuk membangun generasi muda pedalaman sifar buta huruf.

Human Development Academy (HUDA)

Juga dikenali sebagai Pusat Dakwah Serantau – pusat latihan para du’at dari kawasan pedalaman tempatan dan luar negara selama 18 bulan secara percuma dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh AMAL hasil sumbangan orang ramai, sebelum dihantar semula ke tempat asal masing – masing bagi meneruskan kerja-kerja dakwah setempat.

Wakaf dan Hibah

Hasil kutipan dimanfaatkan bagi tujuan pembangunan kompleks Yayasan Amal Malaysia bagi menyediakan prasarana lengkap kepada para duat dan rujukan relawan dari seluruh dunia (OSC).

Ziarah Mahabbah

Lawatan kebajikan bagi memenuhi tuntutan persaudaraan dan pembangunan masyarakat.
Relawan Du’at (RINDU) – Sebuah kelab yang mengumpulkan para ilmuan untuk merealisasikan program pembangunan masyarakat bersama Yayasan Amal Malaysia.

Bantuan Bencana

Menyalurkan bantuan dari pelbagai aspek seperti perubatan dan keperluan asas kepada mangsa negara bencana.

Projek Pembinaan Surau/Masjid

Melaksanakan projek pembinaan surau/masjid di kawasan pedalaman bagi memenuhi tuntutan keperluan saudara baru di kawasan yang memerlukan.

Amalnita

Projek pembangunan wanita dan keluarga dalam memberikan kemahiran dan pendidikan percuma untuk membantu keluarga miskin dan memerlukan.

Islam4U TV

Saluran informasi bagi menyalurkan maklumat perkembangan isu semasa kemanusiaan dan aktiviti-aktiviti AMAL dari semasa ke semasa.

Kongsi artikel ini