Tentang Kami

Yayasan Amal Malaysia merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bergiat aktif melaksanakan agenda kebajikan dan kemanusiaan sejak lebih 15 tahun lalu di dalam dan luar negara. Pelbagai misi telah dijalankan di pelbagai pelusuk benua melibatkan lebih 58 buah negara. Bervisikan aspirasi untuk berdiri sama tinggi di kalangan pertubuhan utama dunia, Yayasan Amal Malaysia memberi fokus kepada perlaksanaan projek berimpak tinggi dengan menggenggam kemas moto “Working for Humanity, Serving God”.

Yayasan Amal Malaysia Pahang terbentuk hasil daripada struktur organisasi yang strategik dan tersusun. Penubuhan organisasi cawangan di negeri-negeri bukan sahaja membolehkan Yayasan Amal Malaysia mendekati golongan sasar, malah juga membuka peluang yang lebih mudah kepada anda yang berminat untuk menyertai projek dan aktiviti yang dijalankan sama ada melalui kesukarelawanan mahupun pemberian sumbangan.

Kami mengalu-alukan penyertaan anda bersama kami

Sertai Kelab Relawan Amal

Kelab Relawan Amal merupakan pergerakan sukarelawan di bawah Yayasan Amal Malaysia yang terlibat secara langsung dalam projek dan aktiviti yang dijalankan melalui kluster-kluster yang telah dibahagikan.

Projek Terkini

  • Wakaf Telaga Tiub Gaza

    Luar Negara
    Gaza Palestin : Alhamdulillah, kerja-kerja penggalian dan pemasangan water well. InsyaAllah water well ini akan dimanfaat oleh penduduk setempat yang selalu mengalami masalah terputus bekalan air dan catuan air.
  • Wakaf Sejuta Al-Quran

    Luar Negara
    Agihan ke wilayah-wilayah Muslim di Afrika dan Rantau Asia
  • Pusat Dakwah Serantau

    Dalam Negara
    Projek pembangunan kompleks pusat dakwah sehenti di Banting, Selangor
  • Bantu sebelum beku

    Luar Negara
    Musim sejuk, musim paling sengsara buat penduduk negara bergolak seperti Palestin dan Syria. Bukan sahaja cuaca dingin membeku, bahkan ribut melanda serta hujan yang lebat mengeruhkan lagi keadaan. Kekurangan pakaian, makanan, selimut dan alat pemanas mampu meragut nyawa terutamanya anak-anak kecil. Sama-sama kita bantu penduduk Palestin. Sumbangan untuk bantuan musim sejuk WINTER4GAZA.. "BANTU SEBELUM BEKU "boleh disalurkan ke Akaun *Tabung Palestin Yayasan Amal Malaysia Pahang* *Maybank : 5560 1106 8022* https://toyyibpay.com/bantuanmusimsejuk
  • Aqiqah sepanjang tahun

    Dalam & Luar Negara
    Program berterusan di penempatan Muslim dhaif dan minoriti di luar negara termasuk juga kawasan pedalaman dan penempatan orang asal.
  • Dapur Malaysia untuk Gaza

    Luar Negara
    Gaza Palestin : Yayasan Amal Malaysia Pahang telah menyalurkannya sumbangan anda ke projek Dapur Malaysia untuk hidangan makanan panas kepada mereka yang berada di dalam pusat kuarantin di Gaza. Bantuan kalian telah sampai kepada penduduk paling memerlukan dan paling kritikal kerana Gaza kini dalam situasi lockdown.. Kita sama-sama doakan agar keadaan makin pulih dan lockdown akan mampu ditamatkan secepat mungkin. Terima kasih frontliner Palestin yang membantu usaha ini. Terima kasih juga atas sumbangan anda. Teruskan menyumbang untuk umat Islam di Gaza kerana ramai lagi saudara kita perlu dibantu... Apatah lagi dengan musim sejuk yang mendatang.. Sumbangan untuk bantuan musim sejuk WINTER4GAZA.. "BANTU SEBELUM BEKU "boleh disalurkan ke Akaun *Tabung Palestin Yayasan Amal Malaysia Pahang* *Maybank : 5560 1106 8022*

Kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas anda

Ke Mana Sumbangan Anda Disalurkan?

Yayasan Amal Malaysia amat menghargai setiap nilai sumbangan yang anda hulurkan. Ia dimanfaatkan sepenuhnya melalui pelbagai agenda serta projek kemanusiaan dan kebajikan yang dilaksanakan dari semasa ke samasa sama ada di luar mahupun di dalam negara.

Buletin