Sumbangan banjir di Kg Pesagi Chenor

Menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kg Pesagi Chenor Pahang. Sumbangan yg disampaikan oleh Pak Ngah (En Najmuddin) ahli Yayasan Amal Malaysia Pahang yang juga anggota Jabatan Amal Malaysia Sumbangan dapur gas untuk memasak dan keperluan-keperluan lain. Semoga ianya dapat membantu keluarga yang terkesan dengan musibah banjir ini.. Terima kasih kepada semua dermawan yang Read More…

Misi bantuan ke Kuala Lipis.

Misi bantuan ke Kuala Lipis. Dapur gas untuk memasak antara barangan yang akan dibawa esok untuk agihan kepada mangsa banjir dalam misi bantuan di Kuala Lipis selain dari barang-barang keperluan lain seperti toto, selimut dan tikar untuk alas. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan AMAL Pahang menyalurkan bantuan hari esok dan lusa. Terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan semua. HRead More…

Misi bersih banjir di Maran

Membantu membersihkan rumah warga emas berbangsa cina yang tinggal berseorangan di Taman Sri Chedung, berhampiran bandar Maran. Banjir di kawasan ini menenggelamkan banyak rumah hingga menghampiri paras bumbung. Ia memusnahkan semua perabut dan peralatan elektrik. Ia juga meninggalkan lumpur tebal di dalam dan luar rumah.Semoga ianya memberi sedikit kelegaan buatnya. In Sya Allah agihan bRead More…

Dapur Rakyat di daerah Maran

Maran : Mangsa banjir terima agihan makanan dari Yayasan Amal Malaysia Pahang. Mengagihkan sumbangan makan tengahari dari rumah ke rumah kepada mangsa banjir dan petugas bantuan banjir yang membersih rumah-rumah yang terlibat di Taman Seri Chedung, Maran melalui projek Dapur Rakyat Yayasan Amal Malaysia. Terima kasih kepada yang menyalurkan sumbangan kepada kami. SRead More…

Amal Pahang bantu mangsa banjir

Mengagihkan sumbangan makan tengahari dari rumah ke rumah kepada mangsa banjir dan petugas bantuan banjir sekitar DUN Beserah Kuantan melalui projek Dapur Rakyat Yayasan Amal Malaysia. Antara lokasi yang sempat kami salurkan bantuan ialah perumahan Balok Makmur, Seberang Balok, Kg Nyamuk dan Chengal Lempung. Terima kasih kepada yang menyalurkan sumbangan kepada kami untuk kami sampRead More…

Sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir

Saudara Johari Wahid Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Pahang menyerahkan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir kepada Pn Fatimah Hashim pegawai JKM Pahang untuk diagihkan oleh Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang. Sama sama kita menyumbang untuk meringankan beban golongan yang terjejas akibat banjir. Salurkan sumbangan anda ke Akaun Maybank: Yayasan Amal Malaysia PahanRead More…

Waqaf al-Quran di Negara Chad

Chad Afrika : 23 Disember 2020 Alhamdulillah. Pengagihan 2000 naskah Al-Quran hasil sumbangan sahabat -sahabat di Malaysia telah diuruskan dengan jayanya oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang dan Amal Kedah. Kali ini ianya diadakan di Negeri OUM HAJAR kira kira 760km dari N’djamena (Ibu negara Chad). Dimaklumkan kepada kami bahawa belum ada lagi NGO yang menyampaiRead More…

Proses menyiapkan kelas Pengajian al-Quran dan Fardhu Ain anak-anak Rohingya

Perkongsian gambar terkini
kerja-kerja menyiapkan Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain anak-anak
Rohingya di Kg Permatang Badak Kuantan oleh AMAL Pahang. Seramai 25 orang pelajar yang berumur
antara 6 hingga 11 tahun terpaksa belajar menumpang ruang tamu rumah sewa salah
seorang keluarga Rohingya. Kelas pengajian diadakan pada hari
Isnin hingga Sabtu Jam 8.30 pagi – 5.00 petRead More…